CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 25, 2010

Kerana Ukhuwah..

kerana ukhuwah itu aku masih lg berada di jln ini..
jalan yg xprnah aku pikirkan sbelum ni.
aku hanyalah insan biasa yg masih x mengerti ttg mereka..
kini.. aku mengerti.. kerana ukhuwah membuatkan aku semakin yakin..
mereka sentiasa ada sbg tempat utk aku berkongsi masalah..
segalanya berpaksikan hanya pada Tuhan yang satu.. Allah S.W.T..
perjalananku masih jauh, namun kerana ukhuwah yg terjalin juga aku semakin berusaha utk berada semakin dekat..
Semoga aku terus berada di jalan ini..
Semoga ukhuwah itu terus kukuh dan semakin kukuh..

~ikhlas dari insan yg sgt kerdil di sisiNya..

Wednesday, September 15, 2010

Sakit itu penghapus dosa~



Alhamdulillah..
ternyata Allah sgt sayangkan diri ini..
di saat ini Allah menguji aku dgn sifat sabar dalam menghadapi apa jua dugaan yg aku hadapi dalam mengharapkan redha dariNya..
Aisyah r.a. berkata: "Tidak ada suatu pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapuskan kesalahan."(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
aku pasti bukan aku seorang sahaja pernah mengalami sakit dan musibah selama hidupnya.
Abu Huairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(hadis riwayat Bukhari)
dan ujian itu tidak kira dalam bentuk apa pun sama ada ia sakit atau selainnya kemudian Allah memberi pahala dgn jalan itu dgn bersabar dan mengharapkannya.
Allah S.W.T berfirman:
" Dan sungguh Aku akan memberi cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'innalillahi wainna ilaihi roji' iuun.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Al-Baqarah:155-157)

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah dari seorang Muslim yang tertimpa penyakit, sakit atau yang semisalnya kecuali Allah SWT menggugurkan segala kesalahan-kesalahannya sebagaimana gugurnya pohon akan segala daun-daunnya."(HR Bukhari)

Jika kita menerima segala sakit yang ditimpa dengan ikhlas dan redha, Allah akan melipatgandakan pahala. Sehinggakan terhapus segala kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
Dan ketahuilah bahawa setiap musibah yang menimpa setiap mukmin mengandungi hikmah yang merupakan rahmat dari Allah Ta'ala.
Imam Ibnul Qayyim berkata:
" Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusanNya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita sangat sedikit, dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan inipun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini." (Syifa-ul Alil fi Masail Qadha wal Qadar wa Hikmah wa Ta'lil hal 452.)

"Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapus setiap dosa darinya"
(HR Al-Hakim I/348. disahihkan oleh Syeikh Albani dalam kitab Sahih Jami'is Soghir no.1870)

Di saat ini aku sangat memerlukanMu Ya Allah..
Mungkin ini adalah pintu yang membukakan seorang hamba yang sangat hina bahawasanya ia sangat memerlukan Allah SWT. Tidak sesaat pun melainkan ia sgt perlu kepadaNya, sehingga ia selalu bergantung kepada Rabbnya.
Sehinggakan, hidupku, matiku, ibadahku hanyalah untukMu Ya Allah...
Semoga diriku sentiasa diberi kesabaran.. Semoga Allah mengugurkan segala dosa yg dilakukan. Semoga aku terus beristiqamah dan berusaha serta berdoa diberi kesembuhan.


Friday, September 10, 2010

Istimewanya malam raya~



Ramadhan dah meninggalkan umat Islam.. Ada hati yg mula menangis..
Namun, adakah ini Ramadhan terakhir kita atau tidak? Semuanya hanya Allah yg Maha Mengetahui..
kita hanya mampu beristighfar dan berdoa. Berdoalah semoga segala amal yg kita lakukan diterima olehNya..
Alhamdulillah.. sepjg bln ramadhan kali ini aku telah mngkhatamkan 30 juz al-Quran.. perasaan syukur dlm hati sgt x terkira.. wlpun sbenarnya inilah kali pertama aku hbskn satu al-quran hanya dlm mse sebln.. sdgkn org2 lain bkn setakat sekali khatam malahan beberapa kali.. aku sgt respect pd beliau.. seorg hamba Allah yg sgt kuat amalnya.. beriktikaf di masjid sepjg 10 ramadhan yg terakhir.. qiamulail dah mnjadi lumrah dlm hidupnya.. Ya Allah.. siapalah aku nak dibandingkan dgn dirinya.. mungkin dirinya yg x prnah knl erti jemu beramal mnjd pembakar semangatku utk terus berada dlm jln mujahidah ini..
Sdgkan aku hambamu yg jahil.. yg sentiasa melakukan dosa.. Kini, aku akn terus berusaha utk mncari keredhaanMu dan mengharapkn keampunan dariMu..
Semasa dlm bln Ramadhan, kita ditawarkn dgn satu mlm yg amat hebat iaitu lailatul Qadar.. namun bln Syawal juga kita ditawarkan dgn mlm yg x kurg hebatnya juga iaitu mlm satu Syawal..
Syeikh al-hadis al Syeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi, pengarang kitab Aujaz al-Masalik, menukilkan dlm kitabnya, Fadilat Ramadhan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg berjaga pd kedua-dua mlm Hari Raya (dgn sibuk melakukan ibadah) dgn niat utk mndpt ganjaran Allah, hatinya akn hidup pd hari di mana hati-hati yg lain mati."
Dalam kitab Kashf al-Ummah, dgn rujukan kpd Imam al-Syafie, bahawa trdpt lima mlm yg doa-doa akn dikabulkan padanya iaitu mlm Jumaat, kedua-dua mlm Hari Raya, mlm permulaan Rejab dan mlm Nisfu Syaaban.
Jadi, pd mlm raya ni marilah kita sama-sama bykkn berdoa dn berzikir..
ada lg sebuah hadis yg bersumberkan Ibnu Abbas r.a :"..apabila tiba mlm Hari Raya Aidilfitri , dinamakan mlm itu dgn panggilan Lailah al-Ja'izah(Malam Pengurniaan). Maka apabila pg hr Raya menjelang, Allah mengutuskan para malaikat ke setiap tempat dan berdiri di muka-muka lorong dan jln. Mereka akn menyeru dgn suara yg akn didengari oleh semua yg diciptakan Allah kecuali jin dan manusia. Mereka berkata :"wahai umat Muhammad! keluarlah kamu kpd Tuhan Yg Maha Pemurah yg memberikn kurniaan dan memaafkn dosa-dosa besar." Apabila mereka tiba di tempat solat raya mereka, Allah bertanya pula pada para malaikat: 'Apakah balasan bagi seorang pekerja yg telah melaksanakan kerjanya?' Para malaikat akn menjawab, 'Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya adalah disempurnakan ganjarannya."
Lalu Allah berfirman yg bermaksud "Maka aku jadikan kamu sbg saksi, wahai malaikatKu! Sesungguhnya Au telah jadikan untuk mereka yg berpuasa pada bln Ramadhan dan berdirinya (untuk beribadat dlm tarawih), balasannya ialah keredhaanKu dan keampunanKu!"
Allah s.w.t berkata lagi: 'Wahai hamba-hambaKu, pohonlah kpdKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah kamu memohon sesuatu apa pun daripada -Ku pd hari ini, dlm perhimpunan ini, sama ada utk kepentingan akhiratmu, melainkan Aku akan menunaikannya, dan tidak juga untuk kepentingan duniamu melainkan Aku akn memandang utk kebaikanmu. Demi kemuliaan-Ku, Aku akn tutup keaiban kamu selama engkau mengambil berat terhadapKu. Demi kemuliaan dan kehebatanKu, tidaklah Aku akn menghina kamu dan tidak juga Aku memalukan kamudlm kalangan org yg berdosa dan juga org yg kafir. Kembalilah kamu dlm keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku juga telah meredhakan kamu.' Para malaikat pun bergembira dan bersuka-ria dgn apa yg Allah telah berikan kpd umat ini apabila mereka selesai berpuasa pd buln Ramadhan." ( Riwayat Abu al-Syeikh Ibn Hibban dan al-Baihaqi. Al-Qari menyebut dalam al-Mirqat beberapa jln periwayatan hadis ini lalu berkata, "pelbagainya jalan-jalan periwayatan hadis ini menunjukkan bagi riwayat ini ada asalnya.")
Segala yg aku tuliskan tersebut adalah sekadar perkongsian dari sebuah majalah yg aku baca..
So, semoga Syawal yg menjelang dapatlah kita sambut dgn penuh keberkatan. Semoga kita tidak lalai dgn keseronokan sambutan Hari Raya sehingga terabai segala ibadah. Sesungguhnya rahmat Allah itu amatlah luas tatkala kita berhimpun utk solat sunat Hari Raya.
Diharapkan Aidilfitri ini mnjadi sebuah Aidilfitri yg boleh menyebabkan para malaikat mencemburui kita dgn segala amal yg kita lakukan.
Dgn itu, di sini saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa dan tersilap kata.. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan kepd sahabat2 saya dan sesiapa shj yg mengenali diri ini..