CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 10, 2010

Istimewanya malam raya~



Ramadhan dah meninggalkan umat Islam.. Ada hati yg mula menangis..
Namun, adakah ini Ramadhan terakhir kita atau tidak? Semuanya hanya Allah yg Maha Mengetahui..
kita hanya mampu beristighfar dan berdoa. Berdoalah semoga segala amal yg kita lakukan diterima olehNya..
Alhamdulillah.. sepjg bln ramadhan kali ini aku telah mngkhatamkan 30 juz al-Quran.. perasaan syukur dlm hati sgt x terkira.. wlpun sbenarnya inilah kali pertama aku hbskn satu al-quran hanya dlm mse sebln.. sdgkn org2 lain bkn setakat sekali khatam malahan beberapa kali.. aku sgt respect pd beliau.. seorg hamba Allah yg sgt kuat amalnya.. beriktikaf di masjid sepjg 10 ramadhan yg terakhir.. qiamulail dah mnjadi lumrah dlm hidupnya.. Ya Allah.. siapalah aku nak dibandingkan dgn dirinya.. mungkin dirinya yg x prnah knl erti jemu beramal mnjd pembakar semangatku utk terus berada dlm jln mujahidah ini..
Sdgkan aku hambamu yg jahil.. yg sentiasa melakukan dosa.. Kini, aku akn terus berusaha utk mncari keredhaanMu dan mengharapkn keampunan dariMu..
Semasa dlm bln Ramadhan, kita ditawarkn dgn satu mlm yg amat hebat iaitu lailatul Qadar.. namun bln Syawal juga kita ditawarkan dgn mlm yg x kurg hebatnya juga iaitu mlm satu Syawal..
Syeikh al-hadis al Syeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi, pengarang kitab Aujaz al-Masalik, menukilkan dlm kitabnya, Fadilat Ramadhan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg berjaga pd kedua-dua mlm Hari Raya (dgn sibuk melakukan ibadah) dgn niat utk mndpt ganjaran Allah, hatinya akn hidup pd hari di mana hati-hati yg lain mati."
Dalam kitab Kashf al-Ummah, dgn rujukan kpd Imam al-Syafie, bahawa trdpt lima mlm yg doa-doa akn dikabulkan padanya iaitu mlm Jumaat, kedua-dua mlm Hari Raya, mlm permulaan Rejab dan mlm Nisfu Syaaban.
Jadi, pd mlm raya ni marilah kita sama-sama bykkn berdoa dn berzikir..
ada lg sebuah hadis yg bersumberkan Ibnu Abbas r.a :"..apabila tiba mlm Hari Raya Aidilfitri , dinamakan mlm itu dgn panggilan Lailah al-Ja'izah(Malam Pengurniaan). Maka apabila pg hr Raya menjelang, Allah mengutuskan para malaikat ke setiap tempat dan berdiri di muka-muka lorong dan jln. Mereka akn menyeru dgn suara yg akn didengari oleh semua yg diciptakan Allah kecuali jin dan manusia. Mereka berkata :"wahai umat Muhammad! keluarlah kamu kpd Tuhan Yg Maha Pemurah yg memberikn kurniaan dan memaafkn dosa-dosa besar." Apabila mereka tiba di tempat solat raya mereka, Allah bertanya pula pada para malaikat: 'Apakah balasan bagi seorang pekerja yg telah melaksanakan kerjanya?' Para malaikat akn menjawab, 'Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya adalah disempurnakan ganjarannya."
Lalu Allah berfirman yg bermaksud "Maka aku jadikan kamu sbg saksi, wahai malaikatKu! Sesungguhnya Au telah jadikan untuk mereka yg berpuasa pada bln Ramadhan dan berdirinya (untuk beribadat dlm tarawih), balasannya ialah keredhaanKu dan keampunanKu!"
Allah s.w.t berkata lagi: 'Wahai hamba-hambaKu, pohonlah kpdKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah kamu memohon sesuatu apa pun daripada -Ku pd hari ini, dlm perhimpunan ini, sama ada utk kepentingan akhiratmu, melainkan Aku akan menunaikannya, dan tidak juga untuk kepentingan duniamu melainkan Aku akn memandang utk kebaikanmu. Demi kemuliaan-Ku, Aku akn tutup keaiban kamu selama engkau mengambil berat terhadapKu. Demi kemuliaan dan kehebatanKu, tidaklah Aku akn menghina kamu dan tidak juga Aku memalukan kamudlm kalangan org yg berdosa dan juga org yg kafir. Kembalilah kamu dlm keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku juga telah meredhakan kamu.' Para malaikat pun bergembira dan bersuka-ria dgn apa yg Allah telah berikan kpd umat ini apabila mereka selesai berpuasa pd buln Ramadhan." ( Riwayat Abu al-Syeikh Ibn Hibban dan al-Baihaqi. Al-Qari menyebut dalam al-Mirqat beberapa jln periwayatan hadis ini lalu berkata, "pelbagainya jalan-jalan periwayatan hadis ini menunjukkan bagi riwayat ini ada asalnya.")
Segala yg aku tuliskan tersebut adalah sekadar perkongsian dari sebuah majalah yg aku baca..
So, semoga Syawal yg menjelang dapatlah kita sambut dgn penuh keberkatan. Semoga kita tidak lalai dgn keseronokan sambutan Hari Raya sehingga terabai segala ibadah. Sesungguhnya rahmat Allah itu amatlah luas tatkala kita berhimpun utk solat sunat Hari Raya.
Diharapkan Aidilfitri ini mnjadi sebuah Aidilfitri yg boleh menyebabkan para malaikat mencemburui kita dgn segala amal yg kita lakukan.
Dgn itu, di sini saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa dan tersilap kata.. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan kepd sahabat2 saya dan sesiapa shj yg mengenali diri ini..



0 comments: