CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 10, 2010

berpasrahlah kepada Allah=)

Di saat hati sedang sedih dgn pelbagai dugaan yg dtg.. seakn2 Allah mengetahui bisikan hati ini..
Aku terjumpa ayat ini dan membuatku berfikir sejenak..
Renunglah firman Allah S.W.T ini:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Dan ingatlah Allah SWT jualah yang Amat Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

Sedarlah bahawa pilihan Allah adalah pilihan yg terbaik. Janganlah bersedih kerana di sana masih terlalu banyak jalan yg meringankan musibah. Bersabarlah. Dan mohonlah pertolongan dari Allah SWT kerana sesungguhnya Allah itu dekat. Dia tidak pernah mengecewakan kita. Hanya kita yg sering mengecewakanNya.

Lihatlah org lain yg sering ditimpa musibah malahan mungkin lebih dahsyat dari kita. Yakinlah bahawa musibah yg menimpa kita lebih ringan dari orang lain. Musibah itu hanyalah berkaitan dgn duniawi semata-mata dan bukn berkaitan dgn agama. Yakinlah bahawa pengabdian kepada Allah di saat ditimpa musibah kadang kala sgt besar nilainya dibandingkan dgn pengabdian di saat kebahagiaan.

ketahuilah, kadang kala segala penderitaan itu mungkin membuatkan diri kita semakin bangun, membuatkan potensi diri terserlah, akal kita turut berkembang dan berjaya membongkar rahsia yg sebelumnya tidak pernah kita ketahui.

Orang yg berakal sihat akn menerima sesuatu yg telah terjadi dgn kerelaan hati serta menerimanya sebagai suatu kenyataan yg x dpt dielakkan.
Di sebalik peristiwa yg kita senangi atau dibenci, terdapat suatu peraturan yg telah diatur dan ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pengatur.

Dan di sebalik setiap kesulitan itu disertakan dgn kemudahan. Allah telah menyebut 2 kali dlm kitabNya..
" Maka sesungguhnya dalam kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Asy-syarh: 4 dan 5)

Subhanallah!.. Alangkah indahnya... Allah telah menyatakan bahawa setiap kesulitan dan kemudahan itu dtg secara serentak. Bukan selepas atau kemudian..
Terimalah setiap kesulitan itu dengan redha.. Pasrahlah dgn segala ketentuan Allah SWT..
Berfikirlah.. Tepuk dada tanyalah iman..

Wahai sahabat-sahabat serta akhwat2 ku yg disayangi.. muhasabahlah diri kita..
Siapakah diri ini.. dari mana dtgnya ia... Kita hanyalah pinjaman Allah.. dan tiada yg kekal abadi selain akhirat.. teruskanlah mengabdikan diri kepadaNya.. bermujahidahlah..
semoga setiap perkara yg kita lakukan adalah berlandaskan atas paksi yg satu iaitu Allah SWT.. semoga dgnnya diri kita dilimpahi barakah serta rahmat di sisiNya..
mohonlah kekuatan dan ditetapkan hati..
Wallahu'alam..

Yg ikhlas~

1 comments:

Unknown said...

huhu...terharunya dgn entry ni...