CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 19, 2011

~senyum..

Alhamdulillah..
permulaan hari yg sgt baik.. hri ni bgn awl setelah selesai menunaikn kewajipan sbg seorg Muslim..
mulakan hari dgn senyum.. smoge hari ni lbih baik dr hari2 sebelumnya..
InsyaAllah..mgu ni da start study week.. tapi bru sentuh bpe buku.. haiya..
katakn pd diri.. TIDAK! sye kne study.. sye nak dpt A++..
ye.. sye boleh!!
kate2 semangat di pg hari.. hehe..; *_* ;

InsyaAllah.. jika kita berusaha pasti ada imbalannya.. Kerana Allah itu sentiasa mengkabulkan doa hamba2Nya..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (Surah Albaqarah, 2:186)

dan seandainya kita telah berusaha, tapi kita msih x peroleh ape yg kite inginkan. yakinlah bahawa Allah itu tidak pernah zalim dlm menentukan ketentuanNya. Pasti ada hikmah yg tersirat. Mungkin itu sbg ujian utk diri kita supaya kite trus mendekatkan diri kepadaNya. Jadi, redha dan teruskan usaha kerana Allah itu sebaik-baik Pelindung dan Penolong.
Berusahalah sebaik mungkin kerana Allah itu sgt suka org yg rajin berusaha dan melakukan sesuatu pekerjaan dgn sehabis baik.

" Sesungguhnya Allah Ta'ala suka apabila setiap kamu melakukan satu pekerjaan, ia melakukannya dengan sehabis baik" (Riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Jadi.. ayuh!! jom kte study!! fokus!! Kuatkan semangat. Berdoalah supaya kita dijauhkan dari sifat malas. InsyaAllah.. Kejayaan itu pasti dtg. Kejayaan yg luar biasa itu pasti akn lahir dari usaha yg luar biasa. Jika kita inginkan impian kita yg setinggi gunung itu tercapai, maka berusahalah sebagaimana kita sedang mendaki gunung yg tinggi itu.

Amalkan DUIT sentiasa ye...
D= Doa
U= Usaha
I= Istiqamah
T= Tawakkal

InsyaAllah kita pasti boleh. Ingatlah "Allah sentiasa memandangmu, Allah sentiasa bersamamu, dan Allah sentiasa menyaksikanmu"

InsyaAllah jumpe lg di next entry...... Assalamualaikum...










Sunday, April 10, 2011

nilai keikhlasan~



Assalamualaikum...
Alhamdulillah... diri ini masih lg dikurniakn pernafasan yg sempurna cukup dgn segala nikmatNya..
weekend x sebusy mgu2 sblum ni walaupun sbenarnye ad lg 2 quiz yg prlu jawab.. haha..
tapi.. saya brsyukur sbb sye pnuhi mse weekend ni dgn prkara brmanfaat.. brmula pada sabtu mlm shingga ptg td.. bagi sye ia sgt bermanfaat tapi bagi org len..emm ntahlar..
masing2 ade kefahaman masing2 kan..
sabtu mlm tu pergi dgr ceramah di masjid UTM.. Penceramahnya ialah Prof.Dr. Sidek Baba.. seorang yg terkenal.. slalu dgr dia smpaikan pengisiannye dkat IKIM FM. Penyampaiannye sgt menyentuh hati.. Caranye ssuai sbg seorg yg berdakwah. Tapi x sngke dpt tgk beliau scare dekat wlpun xdela dkt sgt.. tapi yg pasti penyampaiannye sgt bermanfaat. Ilmunye sgt tnggi.. Beliau byk mengkaitkan Islam dgn ilmu2 sains dan pelbagai ilmu lain. Perkataan2 yg dia smpaikan memg sgt terkena dgn diri saya sbg seorg mahasiswa. Beliau sgt menekankan kepentingan berdakwah. Antara input2 yg dibawa ialah beliau mengatakan bahawa dakwah itu perlulah disokong oleh rasa kasih syg dan belas kasihan. Jangan suka menyindir orang lain. Lihatlah bagaimana hijrah Rasul dan faktor2 strategik yg baginda lakukan dlm berdakwah.Sifat ihsan perlulah ada dlm diri kita iaitu yakinlah walaupun kita x dpt melihat Allah tapi sesungguhnya Allah itu melihat kita.Lakukanlah setiap perkara itu kerana Allah. Kita ini hanyalah manusia yg sentiasa bersifat memerlukan. Manusia itu x sempurna, akalnya terbatas.Cuba kita gambarkan diri kita ini ibarat sebatang pokok. Batang pokok itu adalah ibadah kita. Manakala ranting dan daun itu pula adalah syariat yg kita pegang. Akarnya pula ialah aqidah kita. Aqidah itu mestilah subur dgn sifat rabbaniah maka akan lahirlah buah atau bunga yang segar iaitu akhlak kita yg mulia. Jadi, marilah kita same2 menjadi sebatang pokok yg mampu menghasilkn buah yg segar dan subur. Kita sebagai umat Islam harus mampu didik akal, hati, dan amal kita dengan sebaiknya. Berdoalah sentiasa.
Itu adalah antara input2 yg cukup menyedarkn diri saya.
.............
bertemu dgn halaqahmate serta murabbiahku yg trsyg mmbuatkn sye lupe sejenak sgle masalah ketensionan study, homesick dll. Maslah dikongsi brsame2 n cube mncr cara penyelesaian. Itulah tarbiyyah. satu proses mendidik diri ke arah yg lbih baik. Alangkah bagusnye jika sume memhaminye..
Pg td shinggalah ptg saye brada brsama beberapa akhwat membantu memudahkan urusan para akhwat dan ikhwah yg sudah berkahwin yg bergelar Ummi dan Abi utk melancarkn program mereka.. Alhamdulillah.. walaupun mgkin penat tapi ia dpt memupuk tahap kesabaran yg sgt tgi.. Smoge sye dpt mncari keberkatan dan rahmat di sebalik smua ini.. InsyaAllah..

"Wahai org2 yg beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" Surah Mehammad (47:7)

......................................................

Sesungguhnya diri ini x sempurna.. Maafkn diri ini andai ad yg terluka. Sentiasalah kite same2 memperingati antare satu same len. Ingatkanlah diri ini andai terlupe. maafkn sye jika sye x mampu menegur kalian. Saye bkn seorg yg mulia. Sgt byk kekurangan...trimalah sye seadanye..



Wallahualam........

Monday, April 4, 2011

sirah vs perjalanan hidup

Alhamdulillah..
semalam dapat habiskan dr pg hingga ptg mndgr daurah sirah Rasulullah SAW..
dah lme x join program setelah kesibukan test yg berderet.. dah selesai sumenyer tinggal satu lg test.. harap2 sume ok even xdela boley jawab sgt..hehe..

na kongsi ckit ape yg aku dapat dari daurah tu..
setiap umat Islam itu harus tahu tentang sirah. Banyak sgt pengajaran yg kite boley dapat..
"apa yg berlaku hari ini same berlaku pada zaman dahulu"..

"Tidak akan berjaya umat hari ini melainkan mereka melakukan seperti mana umat yang terdahulu" (Imam Malik)

kalau kita baca balik sirah.. banyak sgt pengajaran yg boleh diambil..
bagaimana Islam itu mula tersebar.. Rasulullah berdakwah sehingga mendapat tentangan yang pelbagai.. para2 sahabat yang berjuang menegakkan Islam sehingga diseksa yg amat dahsyat..
sebagai seorg Islam.. pernah ke kita menghayati dan merasai sendiri kepedihan mereka?

bile terfikir balik.. sebelum ni juz sekadar baca n x pernah menghayati btul2..
so.. marilah kite same2 menghayati sirah dan cube utk mengaplikasikannye dlm hidup kite sndiri..

ada 6 perkara yg boley direlatekan antara sirah dan perjalanan hidup kita.
1. Aqidah yang mantap.
2. Jiwa besar- jgn terlalu memikirkan perkara2 yang remeh.Fokus pada matlamat.
3. Dakwah yg tulen- membebaskan umat Islam dari belenggu neraka.
4. Akhlak mulia sesama manusia. Tunjukkanlah akhlak yg baik sesama manusia walau sejahat mane pun kita dilayan.
5. Al-Quran- sentiasalah mentadabbur al-Quran dan hayatinya. Kalau kita ingin bercakap dgn Allah maka solatlah. Tetapi jika kita ingin dengar Allah bercakap, maka bacalah al-Quran.
6. Tarbiyyah. Sebenarnya tarbiyyah ini adalah permulaan kepada segala-galanya.Dengan tarbiyyahlah aqidah yg mantap itu boleh dibentuk, akhlak yg mulia terbina, dakwah yg tulen, membentuk jiwa besar dan kite sentiasa mentadabbur al-Quran.

Rasulullah SAW mendapat tentangan namun baginda tetap melayan musuh dengan baik. Itulah tandanya Baginda seorang yang berjiwa besar. Kerana matlamat untuk memperjuangkan dan menyebar agama Islam, segala ujian ditempuh.
Begitulah juga dgn perjalanan hidup kita kini. jadilah seorang umat Islam yg berjiwa besar. Jangan cepat merungut. Fokus pada matlamat. Jadilah seorang Islam yang hebat.Bantulah sesama umat Islam kita. Jadilah kita semua ini sebagai sahabat. Jangan berputus asa dalam berdakwah.
...............................................................

inilah serba sedikit perkongsian dariku.. juz peringatan buat diri ini jugak.. semoge kite same2 sentiasa merefleks diri kita dan trus memperbaiki diri dan juga org2 sekeliling kiter..
wallahualam...