CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 4, 2011

sirah vs perjalanan hidup

Alhamdulillah..
semalam dapat habiskan dr pg hingga ptg mndgr daurah sirah Rasulullah SAW..
dah lme x join program setelah kesibukan test yg berderet.. dah selesai sumenyer tinggal satu lg test.. harap2 sume ok even xdela boley jawab sgt..hehe..

na kongsi ckit ape yg aku dapat dari daurah tu..
setiap umat Islam itu harus tahu tentang sirah. Banyak sgt pengajaran yg kite boley dapat..
"apa yg berlaku hari ini same berlaku pada zaman dahulu"..

"Tidak akan berjaya umat hari ini melainkan mereka melakukan seperti mana umat yang terdahulu" (Imam Malik)

kalau kita baca balik sirah.. banyak sgt pengajaran yg boleh diambil..
bagaimana Islam itu mula tersebar.. Rasulullah berdakwah sehingga mendapat tentangan yang pelbagai.. para2 sahabat yang berjuang menegakkan Islam sehingga diseksa yg amat dahsyat..
sebagai seorg Islam.. pernah ke kita menghayati dan merasai sendiri kepedihan mereka?

bile terfikir balik.. sebelum ni juz sekadar baca n x pernah menghayati btul2..
so.. marilah kite same2 menghayati sirah dan cube utk mengaplikasikannye dlm hidup kite sndiri..

ada 6 perkara yg boley direlatekan antara sirah dan perjalanan hidup kita.
1. Aqidah yang mantap.
2. Jiwa besar- jgn terlalu memikirkan perkara2 yang remeh.Fokus pada matlamat.
3. Dakwah yg tulen- membebaskan umat Islam dari belenggu neraka.
4. Akhlak mulia sesama manusia. Tunjukkanlah akhlak yg baik sesama manusia walau sejahat mane pun kita dilayan.
5. Al-Quran- sentiasalah mentadabbur al-Quran dan hayatinya. Kalau kita ingin bercakap dgn Allah maka solatlah. Tetapi jika kita ingin dengar Allah bercakap, maka bacalah al-Quran.
6. Tarbiyyah. Sebenarnya tarbiyyah ini adalah permulaan kepada segala-galanya.Dengan tarbiyyahlah aqidah yg mantap itu boleh dibentuk, akhlak yg mulia terbina, dakwah yg tulen, membentuk jiwa besar dan kite sentiasa mentadabbur al-Quran.

Rasulullah SAW mendapat tentangan namun baginda tetap melayan musuh dengan baik. Itulah tandanya Baginda seorang yang berjiwa besar. Kerana matlamat untuk memperjuangkan dan menyebar agama Islam, segala ujian ditempuh.
Begitulah juga dgn perjalanan hidup kita kini. jadilah seorang umat Islam yg berjiwa besar. Jangan cepat merungut. Fokus pada matlamat. Jadilah seorang Islam yang hebat.Bantulah sesama umat Islam kita. Jadilah kita semua ini sebagai sahabat. Jangan berputus asa dalam berdakwah.
...............................................................

inilah serba sedikit perkongsian dariku.. juz peringatan buat diri ini jugak.. semoge kite same2 sentiasa merefleks diri kita dan trus memperbaiki diri dan juga org2 sekeliling kiter..
wallahualam...

0 comments: