CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 4, 2011

sirah vs perjalanan hidup

Alhamdulillah..
semalam dapat habiskan dr pg hingga ptg mndgr daurah sirah Rasulullah SAW..
dah lme x join program setelah kesibukan test yg berderet.. dah selesai sumenyer tinggal satu lg test.. harap2 sume ok even xdela boley jawab sgt..hehe..

na kongsi ckit ape yg aku dapat dari daurah tu..
setiap umat Islam itu harus tahu tentang sirah. Banyak sgt pengajaran yg kite boley dapat..
"apa yg berlaku hari ini same berlaku pada zaman dahulu"..

"Tidak akan berjaya umat hari ini melainkan mereka melakukan seperti mana umat yang terdahulu" (Imam Malik)

kalau kita baca balik sirah.. banyak sgt pengajaran yg boleh diambil..
bagaimana Islam itu mula tersebar.. Rasulullah berdakwah sehingga mendapat tentangan yang pelbagai.. para2 sahabat yang berjuang menegakkan Islam sehingga diseksa yg amat dahsyat..
sebagai seorg Islam.. pernah ke kita menghayati dan merasai sendiri kepedihan mereka?

bile terfikir balik.. sebelum ni juz sekadar baca n x pernah menghayati btul2..
so.. marilah kite same2 menghayati sirah dan cube utk mengaplikasikannye dlm hidup kite sndiri..

ada 6 perkara yg boley direlatekan antara sirah dan perjalanan hidup kita.
1. Aqidah yang mantap.
2. Jiwa besar- jgn terlalu memikirkan perkara2 yang remeh.Fokus pada matlamat.
3. Dakwah yg tulen- membebaskan umat Islam dari belenggu neraka.
4. Akhlak mulia sesama manusia. Tunjukkanlah akhlak yg baik sesama manusia walau sejahat mane pun kita dilayan.
5. Al-Quran- sentiasalah mentadabbur al-Quran dan hayatinya. Kalau kita ingin bercakap dgn Allah maka solatlah. Tetapi jika kita ingin dengar Allah bercakap, maka bacalah al-Quran.
6. Tarbiyyah. Sebenarnya tarbiyyah ini adalah permulaan kepada segala-galanya.Dengan tarbiyyahlah aqidah yg mantap itu boleh dibentuk, akhlak yg mulia terbina, dakwah yg tulen, membentuk jiwa besar dan kite sentiasa mentadabbur al-Quran.

Rasulullah SAW mendapat tentangan namun baginda tetap melayan musuh dengan baik. Itulah tandanya Baginda seorang yang berjiwa besar. Kerana matlamat untuk memperjuangkan dan menyebar agama Islam, segala ujian ditempuh.
Begitulah juga dgn perjalanan hidup kita kini. jadilah seorang umat Islam yg berjiwa besar. Jangan cepat merungut. Fokus pada matlamat. Jadilah seorang Islam yang hebat.Bantulah sesama umat Islam kita. Jadilah kita semua ini sebagai sahabat. Jangan berputus asa dalam berdakwah.
...............................................................

inilah serba sedikit perkongsian dariku.. juz peringatan buat diri ini jugak.. semoge kite same2 sentiasa merefleks diri kita dan trus memperbaiki diri dan juga org2 sekeliling kiter..
wallahualam...

Sunday, March 13, 2011

Jongkat-jongket kehidupan..


Assalamualaikum wbt.

Ini adalah dialog antara seorang naqib dan anak usrah nya...

ABANG : Adik,jomlah pergi usrah, jomlah berdakwah, ummah semakin koyak, jomlah kita bangkit mengubah segalanya ...

ADIK :Abang, adik tidak mahu!! adik kena study!!Markah semester lepas dah cukup teruk gara-gara dakwah, tarbiah dan program!!Adik menyesal megikuti semua itu!! Bosan...Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke Islam tu syumul... Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah..Esok kalau dah berjaya, adik buatlah kerja dakwah tu. Kalau adik buat kerja dakwah, adik gagal dalam pelajaran nanti... Kan nanti adik menutup mata orang lain terhadap Islam!!

ABANG : Adik, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket...

ADIK : Jongkang jongket? Apa abang merepek ni?

ABANG : Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket ... Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah! Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah.... Tu bukan dakwah namanya.. Dan tu bukan belajar namanya...

ADIK : Habis tu?

ABANG : Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus... Tak boleh inversely proportional.

ADIK : Apa maksud abang?

ABANG : Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya...

ADIK : Adik tidak faham.....

ABANG : Tak pe, abang terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang Accounting dalam debit kredit misalnya... boleh bayangkan betapa hebatnya Allah wujudkan dosa dan pahala. Bila belajar tentang Ethics , terasa kerdilnya diri... Bila belajar tentang Islamic Axiom, terasa akrab dengan Pencipta .

ADIK : Kenapa?

ABANG : Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah... Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah... Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!



ADIK : Sebab apa?
ABANG : Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!

ADIK : Adik tak pernah rasa semua itu, Kiranya, selama ni abang nak cakap yang adik ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas ea?

ABANG : Tak, itu bukan maksud Abang!! Cuma kena checklah sikit hati tu, waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.....

ADIK :Apa maksud abang tarik tali dengan Allah?

ABANG : Ok, abang berikan contoh... Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar,Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi, Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah....Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya!!Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita... Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

ADIK TERMENUNG SEKETIKA...

ADIK : Adik dah faham.... adik kena banyak muhasabah. Adik dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk. Adik tahu itu maksudnya peringatan dari Allah.Adik tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut.

ABANG : Adikku...Seorang ibu pernah mengatakan "Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam... Adik, itulah yang ingin abang bentuk dalam diri abang... Abang nak setiap perbuatan abang menjadi manifes
tasi dakwah itu sendiri. Pelajaran abang, hubungan abang dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah!!

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.

Adik, abang ingin berkongsi satu kisah, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al Banna... Adik, adik pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al Banna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya!Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah. Adik, abang akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah.

Tapi dik... kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.Adik, abang kongsikan pembacaan abang dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman, apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan . Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya.

Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal. Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir.Dia menyoal saya, Di mana syarah (hurai
an) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!!

Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!

Pasti adik ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan untuk Islam? HAMMAS berdiri d
engan izzah!! Musuh menggeruninya!! Adik....Ayuh! lakukan sesuatu untuk Islam!!Ayuh berada dalam saf perjuangan!!

......................................
Artikel ini diambil dr sebuah blog.. ia sgt menyentuh hatiku.. semoga hatiku sentiasa tetap teguh dgn pendirianku.

Saturday, March 5, 2011

Islam is my way of life..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT kerana diri ini masih lg sihat walafiat.. terus dpt hidup dalam limpah nikmatNya yg x terhitung.. marilah kita sama2 muhasabah diri seketika.. bgaimana kehidupan org lain yg mgkin hidup dlm keadaan serba kekurangan yg memg jauh berbeza dgn kehidupan kita sndiri.. Maka bersyukurlah.. dgn syukur kita itu diharapkn dpt trus mnambah nikmat ke ats diri ini.. dn mngunakan nikmatnya sebaik mungkin agr kita smakin dkt dgnNya..

"Dan ingatlah ketika Tuhanku memaklumkan,'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akn menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, maka pasti azabKu sgt berat"(surah Ibrahim,14:7)

.........

hari ini ak brpeluang mnulis blog.. so cbe utk mnceritakan serba sdikit pelbagai karenah kehidupan sbg pelajar yg aku lalui.. Sebgai seorg mahasiswa memg x dpt lari dr test, exam, assignment, report, program yg mcm2.. Konklusinya.. masa itu sgt pnting.. need to manage my time efficiently.. i,m hoping..
Aku sgt berharap dpt bahagikn masa antara blajar dan dakwah.. dua2 no. satu..
hrp diri trus blajar b,mana utk mmbahagiknnya dgn sebaik mgkin..
smoge diri ini trus mnjdkn Islam itu sbg cara hidup.. "Islam is way of my life"..
setakat ni sgala assignment, or report dpt disiapkn dgn baik.. kurgkn buat kerja last minute..
Sbg contoh, klu ad assignment kte bkn sje juz nak siapkn assignment utk dihantar semata2..tp dlm masa yg sama kita blajar dan paham.. 2 in 1.. so mkin brtambahla kefahamn ttg ssuatu sbjek tu.. Tapi, klu wat assignment last minute.. na siap cpt2.. paham ke ape yg kite wat tu kan?.. so kat ctu da bazir mse, pnat mnulis lg.. ape pun x dpt.. mgkin hnye dpt markh carry mark hntar assignment je la kot.. tu pndapat saye lar..
dlu aku pn slalu wat kerja last minute,, tp bile pkir balik kesannya.. padah2..
so..tepuk dada tanyalah iman..
so,mrilah kita sama2 berubah ke arah yg lbih baik.. jgn cpt berputus asa.. trusknlah berusaha..
......
sebgai seorg mahasiswa yg sedg ditarbiyah.. aku cbe utk mnjdkn Islam itu sbg cara hidupku scara keseluruhan.. bkn separuh2..
Ak cbe utk mnjaga pergaulan dgn yg bkn muhrim..
mnjaga aurat dgn sebaik mgkin...
mnjaga pndanganku..
mnjaga solatku...
jaga hubungan dgn sahabt2ku.. dgn keluargaku dan cuba utk mnjd ank yg berbuat baik pd kedua ibu bapaku..
tunjukkn akhlak yg baik..
mnjaga hatiku..
pelajaranku..
mnjaga masaku.urusanku.hidupku dan ibadahku agr segalanya hanyalah kerana Allah SWT..
Namun.. kite bkn malaikat.. kite ni manusia.. setiap org tu kdg2 mlakukn kesilapan tapi at least kite telah berusaha utk bergerak ke arah yg lbih makruf agr diri kite trus brada dlm limpah rahmatnya dan redhaNya..
dan berbalik pd konteks Islam.. masing2 mempunyai kefahaman masing2.. Contohnya aurat, wanita diperintahkn agr melabuhkn tudungnya sehingga menutup dada.. dan kita lihat sekeliling kita.. plbagai lbuh tudg yg mereka pakai krn mereka yakin dn paham dgn ap yg mereka buat.. selg labuh tudg mereka mengikut syariat yg ditetapkn..
dan itulah prinsip masing2 yg berbeza..
bgitu juga dgn kehadiranku ke sesuatu majlis atau program yg diadakn oleh suatu organisasi itu sndiri..
Bagi aku, ak akn attend suatu program itu klu ak rse perlu dan sgale aktiviti yg dijlnkn bermnfaat.. terutamanya dr sgi cara Islamnya bgaimana.. spt yg ak ktekn td.. stiap org ad prinsip masing2..
mgkin ad yg akn kate.. "hey,kolotnya..'.."berlagak alimlah kau"... yg x thn.. "owh.. ni mesti geng pakai payung terjun ni"... fuhh..pedasnya..
mngkin sesiapa yg bce entri ni x phm kot.. dan mgkin akn ad org yg akn membantah..
tapi hrp sume cube utk paham..
maaf.. jika ada yg terguris hati.. tapi inilah realiti..
hrp.. jgn ad yg membenci diri yg hina ini..
dan pelbagai spekulasi yg akn keluar..
.....
Dia x sempurna..
dia cuba utk ke arah makruf..
dalm rahmat, redha dan barakahNya..
dia inginkn yg terbaik...
hanya mampu berusaha...
sgalanya atas ketentuanNya..
kerana..
Dia yakin dgn segala ketetapanNya..
Dia brusaha letakkan cintanya hanya pada YaRabb serta Rasul..
Allah itu x pernah zalim..
Allah itu sering dekat..
pilihlah jalanmu..
bersyukurlah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...

................................................................................................







Monday, November 1, 2010

menjaga Akhlak dgn Allah S.W.T

Akhlak adalah satu tabiat atau pembawaan kita.. suatu tabiat yg kita lakukan tnpa brfikir.. akhlak itu adalah satu output dr iman kita sendiri.. mudah-mudahan Allah S.W.T membantu kita mngenali diri kita sendiri.. siapakah diri kita sebenarnya? semoga kita mengetahui apakah kekurangan kita yg harus dibaiki, memberitahu jln yg harus ditempuhi dan mengurniakn semangat yg tanpa henti sehingga kita x dpt dikalahkn oleh sifat malas,bosan dan hawa nafsu..
mudah-mudahan juga warisan terbaik keindahan akhlak kita dpt diwariskn kpd keluarga dan keturunan kita..
hakikatnya ternyata keislaman seseorg x dpt diukur dgn luasnya ilmu..
keimanan seseorg bkn diukur oleh hebatnya sebuah bicara..
kedudukan seseorg di sisi Allh SWT bkn juge diukur dgn kekuatan ibadahnya semata-mata..
tetapi semua kemuliaan seorg yg pling benar Islamnya, yg paling baik imannya, yg paling dicintai oleh Allah SWT , yg paling tinggi kedudukannya dlm pandangan Allah SWT ialah org yg paling mulia akhlaknya..
hakikatnya, sehebat mana pun pengetahuan dan amal kita, sebanyak mana pun harta kita, setinggi mana pun kedudukan kita tapi jikalau akhlaknya rosak maka semuanya sama sekali tidak ternilai..
Akhlak yg baik itu sbg satu cara utk mencantikkan Islam..
akhlak kita kpd Allah haruslah dijaga dgn sebaik mungkin.. org yg mnjaga akhlaknya kpd Allah SWT, hatinya benar-benar putih spt putihnya air susu yg x prnah dicampuri apa2...
bersih keyakinnya dan x prnah ada sekutu lain selain Allah SWT.. tidak ada setitik pun di hatinya meyakini kekuatan di alam semesta ini selain kekuatan Allah SWT sehingga ia jauh dr sifat munafik..
orang yg paling banyak menyesal di akhirat ialah org yg suka menunda-nunda amal..
jagalah akhlak kita..
jagalah iman utk berakhlak mulia..
Tiadalah yg dituju selain Allah , tiadalah yg ditakuti selain Allah . Tiada yg dimaksud selain Allah..
Tiada yg bulat mencuri hati selain Allah SWT.