Akhlak adalah satu tabiat atau pembawaan kita.. suatu tabiat yg kita lakukan tnpa brfikir.. akhlak itu adalah satu output dr iman kita sendiri.. mudah-mudahan Allah S.W.T membantu kita mngenali diri kita sendiri.. siapakah diri kita sebenarnya? semoga kita mengetahui apakah kekurangan kita yg harus dibaiki, memberitahu jln yg harus ditempuhi dan mengurniakn semangat yg tanpa henti sehingga kita x dpt dikalahkn oleh sifat malas,bosan dan hawa nafsu..
mudah-mudahan juga warisan terbaik keindahan akhlak kita dpt diwariskn kpd keluarga dan keturunan kita..
hakikatnya ternyata keislaman seseorg x dpt diukur dgn luasnya ilmu..
keimanan seseorg bkn diukur oleh hebatnya sebuah bicara..
kedudukan seseorg di sisi Allh SWT bkn juge diukur dgn kekuatan ibadahnya semata-mata..
tetapi semua kemuliaan seorg yg pling benar Islamnya, yg paling baik imannya, yg paling dicintai oleh Allah SWT , yg paling tinggi kedudukannya dlm pandangan Allah SWT ialah org yg paling mulia akhlaknya..
hakikatnya, sehebat mana pun pengetahuan dan amal kita, sebanyak mana pun harta kita, setinggi mana pun kedudukan kita tapi jikalau akhlaknya rosak maka semuanya sama sekali tidak ternilai..
Akhlak yg baik itu sbg satu cara utk mencantikkan Islam..
akhlak kita kpd Allah haruslah dijaga dgn sebaik mungkin.. org yg mnjaga akhlaknya kpd Allah SWT, hatinya benar-benar putih spt putihnya air susu yg x prnah dicampuri apa2...
bersih keyakinnya dan x prnah ada sekutu lain selain Allah SWT.. tidak ada setitik pun di hatinya meyakini kekuatan di alam semesta ini selain kekuatan Allah SWT sehingga ia jauh dr sifat munafik..
orang yg paling banyak menyesal di akhirat ialah org yg suka menunda-nunda amal..
jagalah akhlak kita..
jagalah iman utk berakhlak mulia..
Tiadalah yg dituju selain Allah , tiadalah yg ditakuti selain Allah . Tiada yg dimaksud selain Allah..
Tiada yg bulat mencuri hati selain Allah SWT.
Monday, November 1, 2010
menjaga Akhlak dgn Allah S.W.T
Posted by Dhofwatul Aisy at 7:51 AM 1 comments
Sunday, October 10, 2010
berpasrahlah kepada Allah=)
Di saat hati sedang sedih dgn pelbagai dugaan yg dtg.. seakn2 Allah mengetahui bisikan hati ini..
Aku terjumpa ayat ini dan membuatku berfikir sejenak..
Renunglah firman Allah S.W.T ini:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Dan ingatlah Allah SWT jualah yang Amat Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
Sedarlah bahawa pilihan Allah adalah pilihan yg terbaik. Janganlah bersedih kerana di sana masih terlalu banyak jalan yg meringankan musibah. Bersabarlah. Dan mohonlah pertolongan dari Allah SWT kerana sesungguhnya Allah itu dekat. Dia tidak pernah mengecewakan kita. Hanya kita yg sering mengecewakanNya.
Lihatlah org lain yg sering ditimpa musibah malahan mungkin lebih dahsyat dari kita. Yakinlah bahawa musibah yg menimpa kita lebih ringan dari orang lain. Musibah itu hanyalah berkaitan dgn duniawi semata-mata dan bukn berkaitan dgn agama. Yakinlah bahawa pengabdian kepada Allah di saat ditimpa musibah kadang kala sgt besar nilainya dibandingkan dgn pengabdian di saat kebahagiaan.
ketahuilah, kadang kala segala penderitaan itu mungkin membuatkan diri kita semakin bangun, membuatkan potensi diri terserlah, akal kita turut berkembang dan berjaya membongkar rahsia yg sebelumnya tidak pernah kita ketahui.
Orang yg berakal sihat akn menerima sesuatu yg telah terjadi dgn kerelaan hati serta menerimanya sebagai suatu kenyataan yg x dpt dielakkan.
Di sebalik peristiwa yg kita senangi atau dibenci, terdapat suatu peraturan yg telah diatur dan ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pengatur.
Dan di sebalik setiap kesulitan itu disertakan dgn kemudahan. Allah telah menyebut 2 kali dlm kitabNya..
" Maka sesungguhnya dalam kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Asy-syarh: 4 dan 5)
Subhanallah!.. Alangkah indahnya... Allah telah menyatakan bahawa setiap kesulitan dan kemudahan itu dtg secara serentak. Bukan selepas atau kemudian..
Terimalah setiap kesulitan itu dengan redha.. Pasrahlah dgn segala ketentuan Allah SWT..
Berfikirlah.. Tepuk dada tanyalah iman..
Wahai sahabat-sahabat serta akhwat2 ku yg disayangi.. muhasabahlah diri kita..
Siapakah diri ini.. dari mana dtgnya ia... Kita hanyalah pinjaman Allah.. dan tiada yg kekal abadi selain akhirat.. teruskanlah mengabdikan diri kepadaNya.. bermujahidahlah..
semoga setiap perkara yg kita lakukan adalah berlandaskan atas paksi yg satu iaitu Allah SWT.. semoga dgnnya diri kita dilimpahi barakah serta rahmat di sisiNya..
mohonlah kekuatan dan ditetapkan hati..
Wallahu'alam..
Yg ikhlas~
Posted by Dhofwatul Aisy at 8:11 AM 1 comments
Tuesday, October 5, 2010
jangan bersedih.......
hari ini hari baik... tapi mood aku x baik..
kesedihan melanda diri.. tepat pukul 9.30 mlm kami selesai jawab test fluid mechanics...
tetibe ak jd blurred.. so x dpt jwb sgt.. sedih memikirkannya..=(
mungkin itu ujian dari Allah supaya aku sentiasa sabar.. kita hanya mampu berusaha tapi segalanya terletak di tanganNya..
setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.. dan Allah meletakkan setiap kesulitan itu ada kemudahan..
aku juga diuji dgn kesihatan yg x bpe baik.. namun aku bersyukur kerana sakit itu penghapus dosa.. Alhamdulillah.. sabtu lepas kami berkumpul dalam satu bulatan cinta.. walaupun x ramai tapi nikmat ukhuwah itu amat terasa.. bersama akhwat2 tersyg..
yg sentiasa mengingatkn diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t..
program dibuat di rumah akhwat or lbey famous lg dikenali dgn HADIM (hadiqatul Iman) yg bermaksud taman2 Iman.. program bermula dgn tayangan yg amat menyentuh hati..
dan diteruskan dgn tazkirah ttg hidupkanlah hati kita...
sebagai seorg hamba Allah, kita mesti tahu siapa diri kita.. Kita hanyalah pinjaman dariNya dan hargailah ia dgn sebaik mungkin.. jauhilah maksiat.. bersihkan hati kita dgn sentiasa menjaga ibadah.. solat yg khusyuk..
bersungguh-sungguhlah dalam mencari redha Allah..
"Tarbiyah is no one"..itulah kata2 dari Ustazah Suhana..
belajarlah bermujahadah..
slps mendgr tazkirah itu, hati aku semakin yakin.. inilah jln yg selama ini aku cari..
penuh dgn ketenangan...
tepat jam 4.30 pg kami bertahajud secara berjemaah.. Alhamdulillah.. segalanya berjln lancar..
selepas solat subuh, al-mathurat dan sedikit tazkirah pg... masing2 berangkat pulang..
dan bermula saat itu aku telah dijangkiti virus.. da terkena na wat cmne.. redha je la..
virus selsema dr hadim.. baygknlah beberapa org akhwat sdg selsema.. mungkin sistem imuniti bdn ak lemah.. so sng na berjangkit..
dan bile x chat.. mood study tu kurg.. x bersungguh2 sgt... sangkaan aku betul.. memg xley jwb..
mungkin xde rezq.. namun.. Alhamdulillah.. hanya itu ungkapan yg ak mampu ungkapkan..
Mungkin Allah rindukan doa dr hambaNya..
lg satu masalah hr ni.. ia masalah ttg diri ak sendiri.. masalah hati yg sgt sukar dijaga..
Ya Allah ... bantulah aku..
hanya padaMu aku berharap...
kurniakanlah kekuatan pada hambaMu ini...
sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui...
.........
Posted by Dhofwatul Aisy at 1:13 AM 3 comments
Monday, October 4, 2010
irhamna Ya Allah..
Tinggi Menggunung Dosa-dosaku
Bertambah Tinggi Semakin Hari
Berjuta Kesalahan Berlapis Kesombongan
Selalu Saja Datang Menghampiri
Langkah Yang Rapuh Jiwa Yang Lemah
Segala Salah Adalah Milik Kita
Segala Puji Hanya Bagimu
Lautan Ampunan Kasih Sayangmu
Engkau Yang Pemurah Engkau Yang Pemaaf
Hanya Padamu Hati ini Berharap
Irhamna Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim
Kasihanilah Kami
Ampunilah Kami
Selamatkanlah Kami
Langkah Yang Rapuh Jiwa Yang Lemah
Segala Salah Adalah Milik Kita
Irhamna Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim
Irhamna Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim
Ya Allah Ya Rohman Ya Alloh Ya Rohim
Ya Allah
Irhamna
.. Ya Allah..
ampunilah segala dosa2ku...
Posted by Dhofwatul Aisy at 12:11 PM 2 comments

