CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 19, 2011

~senyum..

Alhamdulillah..
permulaan hari yg sgt baik.. hri ni bgn awl setelah selesai menunaikn kewajipan sbg seorg Muslim..
mulakan hari dgn senyum.. smoge hari ni lbih baik dr hari2 sebelumnya..
InsyaAllah..mgu ni da start study week.. tapi bru sentuh bpe buku.. haiya..
katakn pd diri.. TIDAK! sye kne study.. sye nak dpt A++..
ye.. sye boleh!!
kate2 semangat di pg hari.. hehe..; *_* ;

InsyaAllah.. jika kita berusaha pasti ada imbalannya.. Kerana Allah itu sentiasa mengkabulkan doa hamba2Nya..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (Surah Albaqarah, 2:186)

dan seandainya kita telah berusaha, tapi kita msih x peroleh ape yg kite inginkan. yakinlah bahawa Allah itu tidak pernah zalim dlm menentukan ketentuanNya. Pasti ada hikmah yg tersirat. Mungkin itu sbg ujian utk diri kita supaya kite trus mendekatkan diri kepadaNya. Jadi, redha dan teruskan usaha kerana Allah itu sebaik-baik Pelindung dan Penolong.
Berusahalah sebaik mungkin kerana Allah itu sgt suka org yg rajin berusaha dan melakukan sesuatu pekerjaan dgn sehabis baik.

" Sesungguhnya Allah Ta'ala suka apabila setiap kamu melakukan satu pekerjaan, ia melakukannya dengan sehabis baik" (Riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Jadi.. ayuh!! jom kte study!! fokus!! Kuatkan semangat. Berdoalah supaya kita dijauhkan dari sifat malas. InsyaAllah.. Kejayaan itu pasti dtg. Kejayaan yg luar biasa itu pasti akn lahir dari usaha yg luar biasa. Jika kita inginkan impian kita yg setinggi gunung itu tercapai, maka berusahalah sebagaimana kita sedang mendaki gunung yg tinggi itu.

Amalkan DUIT sentiasa ye...
D= Doa
U= Usaha
I= Istiqamah
T= Tawakkal

InsyaAllah kita pasti boleh. Ingatlah "Allah sentiasa memandangmu, Allah sentiasa bersamamu, dan Allah sentiasa menyaksikanmu"

InsyaAllah jumpe lg di next entry...... Assalamualaikum...










1 comments:

budak gaza said...

ayuh..kuatkan semangat utk exam..hehe..
gugd luck!
maa taufiq wannajjah fil imtihan ukhti su..