CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 1, 2010

menjaga Akhlak dgn Allah S.W.T

Akhlak adalah satu tabiat atau pembawaan kita.. suatu tabiat yg kita lakukan tnpa brfikir.. akhlak itu adalah satu output dr iman kita sendiri.. mudah-mudahan Allah S.W.T membantu kita mngenali diri kita sendiri.. siapakah diri kita sebenarnya? semoga kita mengetahui apakah kekurangan kita yg harus dibaiki, memberitahu jln yg harus ditempuhi dan mengurniakn semangat yg tanpa henti sehingga kita x dpt dikalahkn oleh sifat malas,bosan dan hawa nafsu..
mudah-mudahan juga warisan terbaik keindahan akhlak kita dpt diwariskn kpd keluarga dan keturunan kita..
hakikatnya ternyata keislaman seseorg x dpt diukur dgn luasnya ilmu..
keimanan seseorg bkn diukur oleh hebatnya sebuah bicara..
kedudukan seseorg di sisi Allh SWT bkn juge diukur dgn kekuatan ibadahnya semata-mata..
tetapi semua kemuliaan seorg yg pling benar Islamnya, yg paling baik imannya, yg paling dicintai oleh Allah SWT , yg paling tinggi kedudukannya dlm pandangan Allah SWT ialah org yg paling mulia akhlaknya..
hakikatnya, sehebat mana pun pengetahuan dan amal kita, sebanyak mana pun harta kita, setinggi mana pun kedudukan kita tapi jikalau akhlaknya rosak maka semuanya sama sekali tidak ternilai..
Akhlak yg baik itu sbg satu cara utk mencantikkan Islam..
akhlak kita kpd Allah haruslah dijaga dgn sebaik mungkin.. org yg mnjaga akhlaknya kpd Allah SWT, hatinya benar-benar putih spt putihnya air susu yg x prnah dicampuri apa2...
bersih keyakinnya dan x prnah ada sekutu lain selain Allah SWT.. tidak ada setitik pun di hatinya meyakini kekuatan di alam semesta ini selain kekuatan Allah SWT sehingga ia jauh dr sifat munafik..
orang yg paling banyak menyesal di akhirat ialah org yg suka menunda-nunda amal..
jagalah akhlak kita..
jagalah iman utk berakhlak mulia..
Tiadalah yg dituju selain Allah , tiadalah yg ditakuti selain Allah . Tiada yg dimaksud selain Allah..
Tiada yg bulat mencuri hati selain Allah SWT.

Sunday, October 10, 2010

berpasrahlah kepada Allah=)

Di saat hati sedang sedih dgn pelbagai dugaan yg dtg.. seakn2 Allah mengetahui bisikan hati ini..
Aku terjumpa ayat ini dan membuatku berfikir sejenak..
Renunglah firman Allah S.W.T ini:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Dan ingatlah Allah SWT jualah yang Amat Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

Sedarlah bahawa pilihan Allah adalah pilihan yg terbaik. Janganlah bersedih kerana di sana masih terlalu banyak jalan yg meringankan musibah. Bersabarlah. Dan mohonlah pertolongan dari Allah SWT kerana sesungguhnya Allah itu dekat. Dia tidak pernah mengecewakan kita. Hanya kita yg sering mengecewakanNya.

Lihatlah org lain yg sering ditimpa musibah malahan mungkin lebih dahsyat dari kita. Yakinlah bahawa musibah yg menimpa kita lebih ringan dari orang lain. Musibah itu hanyalah berkaitan dgn duniawi semata-mata dan bukn berkaitan dgn agama. Yakinlah bahawa pengabdian kepada Allah di saat ditimpa musibah kadang kala sgt besar nilainya dibandingkan dgn pengabdian di saat kebahagiaan.

ketahuilah, kadang kala segala penderitaan itu mungkin membuatkan diri kita semakin bangun, membuatkan potensi diri terserlah, akal kita turut berkembang dan berjaya membongkar rahsia yg sebelumnya tidak pernah kita ketahui.

Orang yg berakal sihat akn menerima sesuatu yg telah terjadi dgn kerelaan hati serta menerimanya sebagai suatu kenyataan yg x dpt dielakkan.
Di sebalik peristiwa yg kita senangi atau dibenci, terdapat suatu peraturan yg telah diatur dan ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pengatur.

Dan di sebalik setiap kesulitan itu disertakan dgn kemudahan. Allah telah menyebut 2 kali dlm kitabNya..
" Maka sesungguhnya dalam kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Asy-syarh: 4 dan 5)

Subhanallah!.. Alangkah indahnya... Allah telah menyatakan bahawa setiap kesulitan dan kemudahan itu dtg secara serentak. Bukan selepas atau kemudian..
Terimalah setiap kesulitan itu dengan redha.. Pasrahlah dgn segala ketentuan Allah SWT..
Berfikirlah.. Tepuk dada tanyalah iman..

Wahai sahabat-sahabat serta akhwat2 ku yg disayangi.. muhasabahlah diri kita..
Siapakah diri ini.. dari mana dtgnya ia... Kita hanyalah pinjaman Allah.. dan tiada yg kekal abadi selain akhirat.. teruskanlah mengabdikan diri kepadaNya.. bermujahidahlah..
semoga setiap perkara yg kita lakukan adalah berlandaskan atas paksi yg satu iaitu Allah SWT.. semoga dgnnya diri kita dilimpahi barakah serta rahmat di sisiNya..
mohonlah kekuatan dan ditetapkan hati..
Wallahu'alam..

Yg ikhlas~

Tuesday, October 5, 2010

jangan bersedih.......

hari ini hari baik... tapi mood aku x baik..
kesedihan melanda diri.. tepat pukul 9.30 mlm kami selesai jawab test fluid mechanics...
tetibe ak jd blurred.. so x dpt jwb sgt.. sedih memikirkannya..=(
mungkin itu ujian dari Allah supaya aku sentiasa sabar.. kita hanya mampu berusaha tapi segalanya terletak di tanganNya..
setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.. dan Allah meletakkan setiap kesulitan itu ada kemudahan..
aku juga diuji dgn kesihatan yg x bpe baik.. namun aku bersyukur kerana sakit itu penghapus dosa.. Alhamdulillah.. sabtu lepas kami berkumpul dalam satu bulatan cinta.. walaupun x ramai tapi nikmat ukhuwah itu amat terasa.. bersama akhwat2 tersyg..
yg sentiasa mengingatkn diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t..
program dibuat di rumah akhwat or lbey famous lg dikenali dgn HADIM (hadiqatul Iman) yg bermaksud taman2 Iman.. program bermula dgn tayangan yg amat menyentuh hati..
dan diteruskan dgn tazkirah ttg hidupkanlah hati kita...
sebagai seorg hamba Allah, kita mesti tahu siapa diri kita.. Kita hanyalah pinjaman dariNya dan hargailah ia dgn sebaik mungkin.. jauhilah maksiat.. bersihkan hati kita dgn sentiasa menjaga ibadah.. solat yg khusyuk..
bersungguh-sungguhlah dalam mencari redha Allah..
"Tarbiyah is no one"..itulah kata2 dari Ustazah Suhana..
belajarlah bermujahadah..

slps mendgr tazkirah itu, hati aku semakin yakin.. inilah jln yg selama ini aku cari..
penuh dgn ketenangan...

tepat jam 4.30 pg kami bertahajud secara berjemaah.. Alhamdulillah.. segalanya berjln lancar..
selepas solat subuh, al-mathurat dan sedikit tazkirah pg... masing2 berangkat pulang..

dan bermula saat itu aku telah dijangkiti virus.. da terkena na wat cmne.. redha je la..
virus selsema dr hadim.. baygknlah beberapa org akhwat sdg selsema.. mungkin sistem imuniti bdn ak lemah.. so sng na berjangkit..
dan bile x chat.. mood study tu kurg.. x bersungguh2 sgt... sangkaan aku betul.. memg xley jwb..
mungkin xde rezq.. namun.. Alhamdulillah.. hanya itu ungkapan yg ak mampu ungkapkan..
Mungkin Allah rindukan doa dr hambaNya..

lg satu masalah hr ni.. ia masalah ttg diri ak sendiri.. masalah hati yg sgt sukar dijaga..
Ya Allah ... bantulah aku..
hanya padaMu aku berharap...
kurniakanlah kekuatan pada hambaMu ini...
sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui...

.........

Monday, October 4, 2010

irhamna Ya Allah..

Tinggi Menggunung Dosa-dosaku
Bertambah Tinggi Semakin Hari
Berjuta Kesalahan Berlapis Kesombongan
Selalu Saja Datang Menghampiri

Langkah Yang Rapuh Jiwa Yang Lemah
Segala Salah Adalah Milik Kita
Segala Puji Hanya Bagimu
Lautan Ampunan Kasih Sayangmu

Engkau Yang Pemurah Engkau Yang Pemaaf
Hanya Padamu Hati ini Berharap
Irhamna Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim

Kasihanilah Kami
Ampunilah Kami
Selamatkanlah Kami


Langkah Yang Rapuh Jiwa Yang Lemah
Segala Salah Adalah Milik Kita
Irhamna Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim

Irhamna Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim
Ya Allah Ya Rohman Ya Alloh Ya Rohim
Ya Allah

Irhamna

.. Ya Allah..

ampunilah segala dosa2ku...

Saturday, September 25, 2010

Kerana Ukhuwah..

kerana ukhuwah itu aku masih lg berada di jln ini..
jalan yg xprnah aku pikirkan sbelum ni.
aku hanyalah insan biasa yg masih x mengerti ttg mereka..
kini.. aku mengerti.. kerana ukhuwah membuatkan aku semakin yakin..
mereka sentiasa ada sbg tempat utk aku berkongsi masalah..
segalanya berpaksikan hanya pada Tuhan yang satu.. Allah S.W.T..
perjalananku masih jauh, namun kerana ukhuwah yg terjalin juga aku semakin berusaha utk berada semakin dekat..
Semoga aku terus berada di jalan ini..
Semoga ukhuwah itu terus kukuh dan semakin kukuh..

~ikhlas dari insan yg sgt kerdil di sisiNya..

Wednesday, September 15, 2010

Sakit itu penghapus dosa~



Alhamdulillah..
ternyata Allah sgt sayangkan diri ini..
di saat ini Allah menguji aku dgn sifat sabar dalam menghadapi apa jua dugaan yg aku hadapi dalam mengharapkan redha dariNya..
Aisyah r.a. berkata: "Tidak ada suatu pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapuskan kesalahan."(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
aku pasti bukan aku seorang sahaja pernah mengalami sakit dan musibah selama hidupnya.
Abu Huairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(hadis riwayat Bukhari)
dan ujian itu tidak kira dalam bentuk apa pun sama ada ia sakit atau selainnya kemudian Allah memberi pahala dgn jalan itu dgn bersabar dan mengharapkannya.
Allah S.W.T berfirman:
" Dan sungguh Aku akan memberi cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'innalillahi wainna ilaihi roji' iuun.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Al-Baqarah:155-157)

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah dari seorang Muslim yang tertimpa penyakit, sakit atau yang semisalnya kecuali Allah SWT menggugurkan segala kesalahan-kesalahannya sebagaimana gugurnya pohon akan segala daun-daunnya."(HR Bukhari)

Jika kita menerima segala sakit yang ditimpa dengan ikhlas dan redha, Allah akan melipatgandakan pahala. Sehinggakan terhapus segala kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
Dan ketahuilah bahawa setiap musibah yang menimpa setiap mukmin mengandungi hikmah yang merupakan rahmat dari Allah Ta'ala.
Imam Ibnul Qayyim berkata:
" Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusanNya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita sangat sedikit, dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan inipun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini." (Syifa-ul Alil fi Masail Qadha wal Qadar wa Hikmah wa Ta'lil hal 452.)

"Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapus setiap dosa darinya"
(HR Al-Hakim I/348. disahihkan oleh Syeikh Albani dalam kitab Sahih Jami'is Soghir no.1870)

Di saat ini aku sangat memerlukanMu Ya Allah..
Mungkin ini adalah pintu yang membukakan seorang hamba yang sangat hina bahawasanya ia sangat memerlukan Allah SWT. Tidak sesaat pun melainkan ia sgt perlu kepadaNya, sehingga ia selalu bergantung kepada Rabbnya.
Sehinggakan, hidupku, matiku, ibadahku hanyalah untukMu Ya Allah...
Semoga diriku sentiasa diberi kesabaran.. Semoga Allah mengugurkan segala dosa yg dilakukan. Semoga aku terus beristiqamah dan berusaha serta berdoa diberi kesembuhan.


Friday, September 10, 2010

Istimewanya malam raya~



Ramadhan dah meninggalkan umat Islam.. Ada hati yg mula menangis..
Namun, adakah ini Ramadhan terakhir kita atau tidak? Semuanya hanya Allah yg Maha Mengetahui..
kita hanya mampu beristighfar dan berdoa. Berdoalah semoga segala amal yg kita lakukan diterima olehNya..
Alhamdulillah.. sepjg bln ramadhan kali ini aku telah mngkhatamkan 30 juz al-Quran.. perasaan syukur dlm hati sgt x terkira.. wlpun sbenarnya inilah kali pertama aku hbskn satu al-quran hanya dlm mse sebln.. sdgkn org2 lain bkn setakat sekali khatam malahan beberapa kali.. aku sgt respect pd beliau.. seorg hamba Allah yg sgt kuat amalnya.. beriktikaf di masjid sepjg 10 ramadhan yg terakhir.. qiamulail dah mnjadi lumrah dlm hidupnya.. Ya Allah.. siapalah aku nak dibandingkan dgn dirinya.. mungkin dirinya yg x prnah knl erti jemu beramal mnjd pembakar semangatku utk terus berada dlm jln mujahidah ini..
Sdgkan aku hambamu yg jahil.. yg sentiasa melakukan dosa.. Kini, aku akn terus berusaha utk mncari keredhaanMu dan mengharapkn keampunan dariMu..
Semasa dlm bln Ramadhan, kita ditawarkn dgn satu mlm yg amat hebat iaitu lailatul Qadar.. namun bln Syawal juga kita ditawarkan dgn mlm yg x kurg hebatnya juga iaitu mlm satu Syawal..
Syeikh al-hadis al Syeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi, pengarang kitab Aujaz al-Masalik, menukilkan dlm kitabnya, Fadilat Ramadhan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg berjaga pd kedua-dua mlm Hari Raya (dgn sibuk melakukan ibadah) dgn niat utk mndpt ganjaran Allah, hatinya akn hidup pd hari di mana hati-hati yg lain mati."
Dalam kitab Kashf al-Ummah, dgn rujukan kpd Imam al-Syafie, bahawa trdpt lima mlm yg doa-doa akn dikabulkan padanya iaitu mlm Jumaat, kedua-dua mlm Hari Raya, mlm permulaan Rejab dan mlm Nisfu Syaaban.
Jadi, pd mlm raya ni marilah kita sama-sama bykkn berdoa dn berzikir..
ada lg sebuah hadis yg bersumberkan Ibnu Abbas r.a :"..apabila tiba mlm Hari Raya Aidilfitri , dinamakan mlm itu dgn panggilan Lailah al-Ja'izah(Malam Pengurniaan). Maka apabila pg hr Raya menjelang, Allah mengutuskan para malaikat ke setiap tempat dan berdiri di muka-muka lorong dan jln. Mereka akn menyeru dgn suara yg akn didengari oleh semua yg diciptakan Allah kecuali jin dan manusia. Mereka berkata :"wahai umat Muhammad! keluarlah kamu kpd Tuhan Yg Maha Pemurah yg memberikn kurniaan dan memaafkn dosa-dosa besar." Apabila mereka tiba di tempat solat raya mereka, Allah bertanya pula pada para malaikat: 'Apakah balasan bagi seorang pekerja yg telah melaksanakan kerjanya?' Para malaikat akn menjawab, 'Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya adalah disempurnakan ganjarannya."
Lalu Allah berfirman yg bermaksud "Maka aku jadikan kamu sbg saksi, wahai malaikatKu! Sesungguhnya Au telah jadikan untuk mereka yg berpuasa pada bln Ramadhan dan berdirinya (untuk beribadat dlm tarawih), balasannya ialah keredhaanKu dan keampunanKu!"
Allah s.w.t berkata lagi: 'Wahai hamba-hambaKu, pohonlah kpdKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah kamu memohon sesuatu apa pun daripada -Ku pd hari ini, dlm perhimpunan ini, sama ada utk kepentingan akhiratmu, melainkan Aku akan menunaikannya, dan tidak juga untuk kepentingan duniamu melainkan Aku akn memandang utk kebaikanmu. Demi kemuliaan-Ku, Aku akn tutup keaiban kamu selama engkau mengambil berat terhadapKu. Demi kemuliaan dan kehebatanKu, tidaklah Aku akn menghina kamu dan tidak juga Aku memalukan kamudlm kalangan org yg berdosa dan juga org yg kafir. Kembalilah kamu dlm keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku juga telah meredhakan kamu.' Para malaikat pun bergembira dan bersuka-ria dgn apa yg Allah telah berikan kpd umat ini apabila mereka selesai berpuasa pd buln Ramadhan." ( Riwayat Abu al-Syeikh Ibn Hibban dan al-Baihaqi. Al-Qari menyebut dalam al-Mirqat beberapa jln periwayatan hadis ini lalu berkata, "pelbagainya jalan-jalan periwayatan hadis ini menunjukkan bagi riwayat ini ada asalnya.")
Segala yg aku tuliskan tersebut adalah sekadar perkongsian dari sebuah majalah yg aku baca..
So, semoga Syawal yg menjelang dapatlah kita sambut dgn penuh keberkatan. Semoga kita tidak lalai dgn keseronokan sambutan Hari Raya sehingga terabai segala ibadah. Sesungguhnya rahmat Allah itu amatlah luas tatkala kita berhimpun utk solat sunat Hari Raya.
Diharapkan Aidilfitri ini mnjadi sebuah Aidilfitri yg boleh menyebabkan para malaikat mencemburui kita dgn segala amal yg kita lakukan.
Dgn itu, di sini saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa dan tersilap kata.. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan kepd sahabat2 saya dan sesiapa shj yg mengenali diri ini..



Tuesday, August 31, 2010

Thank You Allah~

Alhamdulillah.. hari ini da masuk 21 Ramadhan.. dah hmpir ke penghujungnya.. Ramadhan kali ni sgt bermakna bg aku.. insan yg sgt kerdil di sisi Tuhanku Allah S.W.T.
InsyaAllah.. kini da masuk 3 sem aku ditarbiyah dan semoga ak trus berada dlm kelompok itu.
Semoga Allah sentiasa tetapkn hatiku utk mnggapai redhaMu..
kini baru aku merasai nikmat ukhuwah.. berada di smping mereka yg solehah.. penuh dgn ilmu di dada.. ak rase sgt kecil..
Terima kasih wat roomateku yg mmbawa ak ke jln ini.. sbl ni ak juz sekadr tahu dan x prnah ingin amek taw ttg mereka.. mereka penat berdakwah semata-mata utk berjihad di jlnMu..
Menyampaikan ape yg mereka tahu.. Berusaha menyebarkan Islam yg sebenar..
Mereka sgt tabah dgn segala dugaan dan cacian serta hinaan dr pelbagai pihak.. merekalah mujahidah2 sejati..
na dibandingkn dgn diri ak yg baru ingin melangkahkan kakiku utk mencari CintaMu..
sgt jahil.. ilmu di dada sgt ckit.. Alhamdulillah..
Allah telah pertemukn aku dgn mereka..
yg sentiasa brd di smpingku dan sudi mndgr segala masalahku..
Alhamdulillah.. Bak kata murobbiyah , "inti kpd tarbiyah adalah perubahan"..
kini ak berusaha utk berubah mnjd seorg muslimah sejati.. yg mengamalkn Islam bkn sekadar ats nama tp secara keseluruhan..
"Wahai org2 yg beriman,! Masuklah ke dlm Islam secara keseluruhan, dan jgnlah kamu ikuti langkah2 syaitan. sesungguhnya ia musuh yg nyata bg kamu." 2:208

ak berubah walaupun sedikit.. ak berusaha utk mnjaga auratku.. mnjage pndangan dan hatiku..
semoge ak tidak mudah jatuh hati pd lelaki yg kn muhrimku..
segala-galanya ak berusaha utk mndptkan hasil yg terbaek..
mnjage hubungan dgn sahabt2ku walaupun kdg kala ia menyakitkan.. ak berdoa semoga dpt memiliki hati yg baru.. yg bersih dr segala sifat2 yg membusukkan hati..
ak berusaha mnjaga lidahku.. kdg2 disebabkn hati yg kotor segala perkataan yg keluar dr mulutku menyakitkn hati mereka tanpa ak sedari..
Subhanallah...... terlalu byk dosa yg aku lakukan..
Semoga Allah mengampuni segala dosa yg aku lakukan..
Aku yakin pilihan Allah adalah pilihan yg terbaik..
kata2 dr sang murabbi ak simpan dlm benak hatiku..
"Di saat kita diuji dgn rase x tng, ingtlah bhwa ia satu petanda yg Allah menyayangi kita..iman itu naik n turn berdsrkn amaln kita msing2 . Justeru jika byk aml kebaikn, maka graf iman itu akn membtk parabola +ve, tetapi sebaliknya berlaku jika maksiat yg mndominasi diri. Maha Pengampun n Maha Penyayang Allah terhdp hambaNya.Mintalh segala hajat n keampunan dariNya seikhlas hati... insyaAllah akn memotivasikn diri n memberi kekuatan dalaman yg sukar utk diterjemah dgn kata2. merintihlah di hadapanNya spt layaknya seorg hamba, mohonlah diberi kekuatan iman utk hadapi beratnya ujian hdup bergelar insan..."

Terima kasih Ya Allah........

Thursday, August 26, 2010

desTinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Sunday, August 22, 2010

Sebening kalbu~~

Untunglah sesiapa yg mampu mendidik kalbunya mnjadi tenang, jernih bersih dan slamat. Bahagialah sesiapa yg memiliki kalbu yg terdidik, terpelihara dan terjaga dgn sebaik-baiknya. Mereka akn merasa kelapangan, ketenangan, ketenteraman, kesejukan dan indahnya hidup di dunia ini. Pancaran kebeningan hati pun akn terserlah pada indahnya dlm setiap tindakannya. Org yg hatinya dibimbing dgn baik, wajahnya akn jauh lbih jernih. Kata2nya bersih dari melukai, menyombong diri dan terpelihara dr kata2 riak. Setiap butiran katanya akn terasa sarat dgn hikmah, makna dan manfaat. Tutur katanya bernas dan berharga. Inilah buah dari lubuk hatinya utk sentiasa membahagiakn org lain. Org yg tenang hati, akal fikirannya pun akn jauh lebih jernih. Baginya x ada waktu utk berfikir jelek sedikit pun. Apalagi utk menzalimi org lain. Hati yg bersih memancarkan akhlak yg indah, rendah hati dan penuh kesantunan. Sesiapa yg melihatnya akn merasa kesan yg mendalam dan sesiapa yg menemuinya akn memperoleh manfaat dan kebaikan. Hati yg tenang mampu berhubung dgn Allah S.W.T dan menjd luar biasa manfaatnya.
Namun, kita bandingkan pula dgn org yg berperilaku sebaliknya..
berhati busuk, minda serabut, dan kusut masai. Wajahnya sentiasa muram, kusam dan nampak resah gelisah. Kata2nya bengis, kasar dan mengguriskan. Hatinya sentiasa dikotori dgn buruk sangka, dendam kesumat, sukar bertolak ansur, mudah tersinggung, x sng melihat org lain bahagia, kikir dan lain2 penyakit hati.
lebih dr itu, badannya mudah diserg penyakit hasil dr kebusukan hati, ketegangan jiwa dan keletihan fikiran diterpa aneka rona masalah kehidupan.
Akalnya pun mnjd sempit dan bahkan lebih byk berfikir ttg kezaliman.
Doa x termakbul dan aneka masalah dtg menghampiri.
Naudzubillah!!
rupa2nye selama ini ak terdiri dr org yg mempunyai penyakit hati. Sgt mudah tersinggung.
Ya Allah.. Ampunilah aku. Sesungguhnya Kau Maha Mengampuni hambaMu.
Semoga ak memiliki hati yg bersih dr segala sifat2 yg mendatangkn kebusukan hati.
Semoga ak sentiasa berlapang dada dgn apa jua dugaan yg ak tempuhi.
Semoga kita terdiri dr barisan org2 yg sdg mmperbaiki diri n mudah-mudahan kita mnjd contoh awl bagaimana mnjdkan hidup ini indah n menguntungkan dgn beningnya hati.

Wednesday, August 11, 2010

Andai ini Ramadhan terakhirku~~



Salam Ramadhan wat sume umat Islam..
Rammadhan dtg lg entah wat kali ke berapa.. masing2 ad organizer sndiri utk pastikn Ramadhan kali ni mnjadi sebuah Ramadhan yg terbaik..
same gak dgn diri aku sndiri..
smoge Ramadhan kali ini lbey baek dari Ramadhan yg lps..
same2 lah kita menghayati Ramadhan ini dgn pnuh barakah.
Apa yg seharusnya menjadi pertanyaan pada diri kita ialah adakah kita masih berpeluang utk bertemu dgn Ramadhan skali lg?
jadi rebutlah peluang ini...

" Rebut peluang lima perkara sbl dtg lima perkara: masa mudamu sbl tiba masa tuamu. Masa sihat sbl tiba masa sakitmu. Masa lapang sbl tiba masa sibukmu. Masa kaya sbl tiba masa papamu dan masa hidup sbl tiba masa matimu"

Semoga kita adalah antara golongan yang sentiasa merindui kedatangan Ramadhan.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: " Sesiapa yg bergembira dgn kedatangan bulan Ramadhan akn diharamkan dirinya daripada simbahan api neraka."
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan mndpt balasan yg setimpal. Amin.

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dpt kulalui dgn sempurna
selangkah demi selangkah
setahun sudah pun berlalu
masa yg pantas berlalu
hingga tak terasa pun berada di bulan Ramadhan semula
puasa satu amalan
sebagaimana yg diperintahkan
moga dpt kulenturkan nafsu yg selalu membelenggu diri tiada henti2
tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dgn sabar
ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
ku merayu pada Tuhan diterima amalan
selangkah demi selangkah
dgn rahmatmu oh Tuhanku
ku tempuh jua..."

Sunday, June 27, 2010

bErsyukurlah~~~~

hee........ smalam bru balik ganu melawat mak sedara..
ksian sgt..
kaki makcik ak tu kne potong sbb penyakit kencing manis..
so pengajarannye kat cni jagelah kcihatan anda ok??
so.. bersyukurlah dgn anugerah yg Allah da berikan..
lps melawat mak sedara sempat lg pergi Pantai Batu Burok...huhuhu
setelah skian lme x gi ctu..
pemandangan sgt cantik.. rmai sgt org..
skali lg brsyukur lah dgn anugerah alam..haha
kami pergi berlima jek.. mak ayah. adik ina ngn yanie..


so sekian~~~~

Saturday, June 26, 2010

musibah, perhatian Allah pada hambanya

salam..haha..
tetibe hr ni na tulis bede yg baek.. juz na share,..
ak ni bkn bek sgt pon.. org kate dont judge a book by its cover.. memg la da org xkn na judge pakai buku?? erk~~~ pelik????
haha.. dah2.. berbalik pada topik..
tadi ad bace buku islamik ckit..haha..( setiap manusia perlu ad perubahan even ckit)..heee...
so kat cni la ak na share ngn membe2 ak yg follow ak..
al kisahnye bermula di cni..haha.. sempat lg gelak.. peace!!!
" bile kte mghadapi ujian dr Allah, kite mesti sabar. jgn mengeluh ketika menerima kesulitan sbb ia hanya akn menyurutkn kesabaran. Meskipun pahit, kita harus sedar bahawa semua adalah salah satu bentuk perhatian Allah pada hambaNya.
untuk renungn:
"Siapa yg tidak rela dgn ketentuanKu dan tidak sabar atas musibahKu, maka dia dipersilakan untuk mencari Tuhan selain Aku."

"Siapa yg rela dgn hukum dan ketentuanKu, maka dia akn mndpt keredhaanKu. Jika dia menemuiKu, Aku akn meredhainya. Akn tetapi siapa yg tidak menerima hukum dan ketentuanKu, maka ia layak memperoleh murkaKu. Jika dia menemuiKu, Aku murka kepadaNya."

ketahuilah! kebahagiaan itu terletak pada musibah yg terjadi di dunia ini. Melalui musibah, dosa-dosa yg dilakukan akn terhapus. Semoga Allah meredhai kita dan menjadikan kita termasuk ke dalam golongan yang bahagia. Amin!

opss~~~ na tag bley??
-Qid Rahman
-syera syarif
-farah idris ( arisa fujiwara)
-paah comel.
-kak qielah
-dya nadiah
-farahin Ismail

dan seangkatan dgnnyer............
eh lupe lak..
artikel td tu dipetik dr buku " menyusur jln ketaqwaan" karangan Allayarham Asri Ibrahim..
ala.. xkn xknl kot.. penyanyi kump nasyid Rabbani tu.huhu..
ok.. assalamualaikum sumer...

Thursday, March 4, 2010

kerdilnya aku di sisiMu


assalamualaikum sumer!!! na citer jk kat cni.. semlm ak ad usrah ngn kak yana.. dgn usrahmate ak yg len gak.. diorg sume byk mulut..huhu.. tu yg bes... ak kena bg tazkirah psl amalan sunat.. fuh,.. lega lps bg tazkirah tu.. rse bes sgt sbb dpt smpaikn pe yg ak da bce.. sekdr nk brkongsi ngn sumer sdikit sebyk pe yg ak bg tazkirah semlm.. buat renungan bersama... tanyalah pd diri anda.. cukupkah ibadat kita selama ni? kita adalah hamba Allah yg sgt kerdil di sisiNya.. kdg kala kita sgt susah utk bristiqamah dlm melakukn ibadat kpdNya krn cbuk dgn urusan duniawi yg memg xkn prnh sudah.. dan jika kita merasakn bhawa ibadat kita cukp.. itu adalah salah satu penyakit hati yg bsr.. jd.. sedarlah wahai umat Rasulullah S.A.W.. sebenarnya.. ibadat yg kita lakukn ni scr brperingkat.. tunaikanlah yg wajib dahulu seterusnya tambahknlah dgn ibadat sunat ( nawafil) itu adalah salah satu cara utk kita brtaqarrub kpd Allah.. iaitu mndekatkn diri kpd Allah dgn beramal soleh tanpa rasa mls.. jika kita melakukn ibadat sunat nscaya hdup kita akn diberkati, kita dpt merasa cinta dariNya, kita akn terhndar dr kemungkaran dan doa kita juga dimakbulkan. selain itu, amalan sunat antara manusia juga harus diamlkan spt senyuman. nasihat menasihati dan zirah menziarahi.. InsyaAllah.. ak menaip sume ni dr hatiku yg ikhlas.. ak brpsn pd diriku dan sahabat-sahabatku yg ak sgt sayangi..
Wallahualam..